Sunday, August 8, 2010

DIRI SAYA DLM bahsa melayu

Pada 3 hari bulan Ogos 1992 pada jam 9 malam lahirlah seorang bayi lelaki yang beratnya 2.9KG di sebuah klink swasta . bayi tersebut dinamakan dengan nama Muhammad Khairi Bin Kamaluddin . sewaktu bayi saya telah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa serta atuk . susu kegemaran saya sewaktu kecil adalah jenama dumex . sewaktu kecil juga , saya kerap mengalami demam dan selsema . walaupun demikian saya adalah seorang bayi yang aktif . semasa tidur , saya tidak suka tidur di bawah sebaliknya saya lebih suka tidur di buaian terasa seperti berada di pelukan ibu .

Di dalam keluarga saya , saya mempunyai seorang pakcik yang baik tapi tegas . keluarga saya bukan la besar , kerana mama saya mempunyai dua orang adik beradik saja . manakala di sebelah ayah saya pula terdapat lima orang adik beradik 4 perempuan 1 lelaki . Saya masih mempunyai seorang opah di sebelah keluarga ayah saya yang sangat sayangkan saya .

Apabila saya berumur 2 tahun saya mengalami pergalaman yang sukar dilupakan oleh kedua ibu bapa saya apabila saya demam panas , muntah muntah dan berak berdarah . saya telah dimasukkan di ward selama 10 hari
. sewaktu di ward , ibu saya mengalami masalah untuk menidurkan saya kerana selama ini saya tidur di buaian bukan di katil kanak-kanak . akhirnya setelah saya sembuh , saya telah disunatkan oleh ibu bapa saya .

Pada usia lima tahun , saya telah dihantar oleh ibu bapa saya ke tadika perpaduan . pada mulanya saya merasa hairan juga kenapa ada diantara kanak-kanak yang lain kerap menangis apabila ditinggalkan oleh ibu bapa mereka bukan seperti saya yang cool saja .

Sedar tak sedar saya telah pun menuju ke alam persekolahan tahun 1 di sekolah kebangsaan Selayang Jaya .pada hari itu , mama saya telah memakaikan saya pakaian sekolah yang baru serta kasut dan beg yang baru . saya rasa bersemangat hendak ke sekolah seolah2 hari itu adalah hari raya . saya menaiki bus sekolah sewaktu pergi dan pulang ke sekolah . saya dibekalan dengan wang saku RM 1.50 pada ketika itu . saya jarang makan di kantin sebaliknya menggunakan wang saku itu untuk membeli pemadam untuk dijadikan mainan , mujurlah mama saya tidak tahu . tahun 2 hingga tahun 6 , saya semakin minat di dalam mata pelajaran matematik . saya sering mendapat markah yang tinggi ketika itu .

Apabila Ramadan , saya telah diajar berpuasa setengah hari oleh mama saya . Mula-mula memang tidak tahan tapi lama kelamaan dah boleh biasakan diri dari setengah hari ke satu hari .

Di waktu cuti sekolah saya di bawa oleh mama saya beserta kawan-kawannya pergi ke langkawi menaiki kapal terbang . Itulah kali pertama saya merasai pegalaman menaiki kapal terbang . Terasa seronok bercuti di sana .Mama telah bebelanja sakan di sana terutamanya coklat kegemarannya malangnya saya tidak menyukai coklat pada waktu itu . ini kerana di waktu kecil saya memang cerewet tentang makanan hanya roti canai dan nasi berwarna saja yang saya suka . maksud nasi berwarna adalah nasi goreng cina .

Masa berlalu begitu pantas , sekelip mata saja saya telah berada di tingkatan 1 . saya telah dilantik menjadi pergawas sekolah berbangga rasanya pada ketika itu . Rasa tidak sabar untuk memberitahu kedua ibu bapa saya tentang perlantikkan itu . di sekolah , saya mempunyai seorang kawan baik yang bernama Abdul Hamid . saya sering keluar berjalan-jalan dan bermain bowling apabila ada kelapangan . beliau juga sering mengajak saya berjoging di taman layang-layang berhampiran rumah saya .

Kini beliau telah melanjutkan pelajaran di politeknik perak . beliau merupakan satu-satunya sahabat yang amat baik dan memahami .


Saat yang ditunggu-tunggu sudah sampai iaitu hari raya . Diwaktu inilah saya telah pulang ke kampung di kedah sebelah keluarga abah saya iaitu bapa tiri saya . Alangkah seronoknya berhari raya dapat berkumpul beramai-ramai sambil menikmati juaddah redang serta kuah kacang kesukaan saya . Apabila cuti telah habis , saya pulang ke kuala lumpur .

Pada usia 16 tahun akibat tidak mendengar nasihat mama yang selalu menasihatkan saya supaya jangan selalu minum-minuman berkarbonat tetapi biasalah disebabkan kedegilan saya , saya telah disuspek menghidap apendiks dan saya telah dibedah . semenjak itu saya jarang lagi mengambil minuman berkarbonat .

Di sekolah menengah , saya banyak memasuki acara larian padang 100 meter , 200 meter , 400 meter serta mewakili sekolah dalam acara ini . Banyak juga program yang saya masuki iaitu khemah ibadah , kem serentak dan lain-lain .

Keputusan PMR dan SPM saya boleh dikatakan cukup-cukup makan . walaupun saya tahu keputusan itu amat mengecewakan mama saya tetapi saya berazam ingin menperbaiki kelemahan saya .


Alhamdullilah setelah menunggu selama 12 bulan , saya telah diterima masuk ke kolej komuniti sabak bernam pada 13 / 7 / 2010 . Saya pun bertolak ditemani oleh ahli keluarga . Selepas selesai proses pendaftaran , tibanya masa saat perpisahan ahli keluarga . itulah serba sedikit kisah hidup saya.

TAMAT

No comments:

Post a Comment