Thursday, November 4, 2010

Yeah

Knp ?? Sbb Sy nk Blk Uma .. hehe . Sornok Nye Rasa .. Td kelas Pertama agak Tension sbb Plug Terbakar .. Terkejut AK Td .. LPS tu KEna SciKo dgn Dak2 .. haizzzz... Slmt Keje da Siap tp Tension ..Hari ni ak Rasa x Happy .. Knp >?/ Nk Senyum UN SSh .. Ya ALLah KNP ak Jd mcm NI ...hum .. ak Mmg Teruk ke ? ..mMG UN .. ak nk berTaubat kpda nye TP hati ak NI PEnuh Dgn KEgelapan .. arggh ..Sial la .. haizz .. Jap agi ad kels Komputer PEjabat .. ad Kuiz or ujian . .Ptg Karg x sBAR NK tgk DIORg Buat PErsembahan ..eheh ~ ~

Wednesday, October 20, 2010

NEW O2JAM

http://www.gtop100.com/in.php?site=53119&cookie_test=true

WAN PLAY O2JAM LAI .. COME FIGHT ~ ~

Thursday, August 26, 2010

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhak. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan

Sunday, August 8, 2010

DIRI SAYA DLM bahsa melayu

Pada 3 hari bulan Ogos 1992 pada jam 9 malam lahirlah seorang bayi lelaki yang beratnya 2.9KG di sebuah klink swasta . bayi tersebut dinamakan dengan nama Muhammad Khairi Bin Kamaluddin . sewaktu bayi saya telah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa serta atuk . susu kegemaran saya sewaktu kecil adalah jenama dumex . sewaktu kecil juga , saya kerap mengalami demam dan selsema . walaupun demikian saya adalah seorang bayi yang aktif . semasa tidur , saya tidak suka tidur di bawah sebaliknya saya lebih suka tidur di buaian terasa seperti berada di pelukan ibu .

Di dalam keluarga saya , saya mempunyai seorang pakcik yang baik tapi tegas . keluarga saya bukan la besar , kerana mama saya mempunyai dua orang adik beradik saja . manakala di sebelah ayah saya pula terdapat lima orang adik beradik 4 perempuan 1 lelaki . Saya masih mempunyai seorang opah di sebelah keluarga ayah saya yang sangat sayangkan saya .

Apabila saya berumur 2 tahun saya mengalami pergalaman yang sukar dilupakan oleh kedua ibu bapa saya apabila saya demam panas , muntah muntah dan berak berdarah . saya telah dimasukkan di ward selama 10 hari
. sewaktu di ward , ibu saya mengalami masalah untuk menidurkan saya kerana selama ini saya tidur di buaian bukan di katil kanak-kanak . akhirnya setelah saya sembuh , saya telah disunatkan oleh ibu bapa saya .

Pada usia lima tahun , saya telah dihantar oleh ibu bapa saya ke tadika perpaduan . pada mulanya saya merasa hairan juga kenapa ada diantara kanak-kanak yang lain kerap menangis apabila ditinggalkan oleh ibu bapa mereka bukan seperti saya yang cool saja .

Sedar tak sedar saya telah pun menuju ke alam persekolahan tahun 1 di sekolah kebangsaan Selayang Jaya .pada hari itu , mama saya telah memakaikan saya pakaian sekolah yang baru serta kasut dan beg yang baru . saya rasa bersemangat hendak ke sekolah seolah2 hari itu adalah hari raya . saya menaiki bus sekolah sewaktu pergi dan pulang ke sekolah . saya dibekalan dengan wang saku RM 1.50 pada ketika itu . saya jarang makan di kantin sebaliknya menggunakan wang saku itu untuk membeli pemadam untuk dijadikan mainan , mujurlah mama saya tidak tahu . tahun 2 hingga tahun 6 , saya semakin minat di dalam mata pelajaran matematik . saya sering mendapat markah yang tinggi ketika itu .

Apabila Ramadan , saya telah diajar berpuasa setengah hari oleh mama saya . Mula-mula memang tidak tahan tapi lama kelamaan dah boleh biasakan diri dari setengah hari ke satu hari .

Di waktu cuti sekolah saya di bawa oleh mama saya beserta kawan-kawannya pergi ke langkawi menaiki kapal terbang . Itulah kali pertama saya merasai pegalaman menaiki kapal terbang . Terasa seronok bercuti di sana .Mama telah bebelanja sakan di sana terutamanya coklat kegemarannya malangnya saya tidak menyukai coklat pada waktu itu . ini kerana di waktu kecil saya memang cerewet tentang makanan hanya roti canai dan nasi berwarna saja yang saya suka . maksud nasi berwarna adalah nasi goreng cina .

Masa berlalu begitu pantas , sekelip mata saja saya telah berada di tingkatan 1 . saya telah dilantik menjadi pergawas sekolah berbangga rasanya pada ketika itu . Rasa tidak sabar untuk memberitahu kedua ibu bapa saya tentang perlantikkan itu . di sekolah , saya mempunyai seorang kawan baik yang bernama Abdul Hamid . saya sering keluar berjalan-jalan dan bermain bowling apabila ada kelapangan . beliau juga sering mengajak saya berjoging di taman layang-layang berhampiran rumah saya .

Kini beliau telah melanjutkan pelajaran di politeknik perak . beliau merupakan satu-satunya sahabat yang amat baik dan memahami .

Saat yang ditunggu-tunggu sudah sampai iaitu hari raya . Diwaktu inilah saya telah pulang ke kampung di kedah sebelah keluarga abah saya iaitu bapa tiri saya . Alangkah seronoknya berhari raya dapat berkumpul beramai-ramai sambil menikmati juaddah redang serta kuah kacang kesukaan saya . Apabila cuti telah habis , saya pulang ke kuala lumpur .

Pada usia 16 tahun akibat tidak mendengar nasihat mama yang selalu menasihatkan saya supaya jangan selalu minum-minuman berkarbonat tetapi biasalah disebabkan kedegilan saya , saya telah disuspek menghidap apendiks dan saya telah dibedah . semenjak itu saya jarang lagi mengambil minuman berkarbonat .

Di sekolah menengah , saya banyak memasuki acara larian padang 100 meter , 200 meter , 400 meter serta mewakili sekolah dalam acara ini . Banyak juga program yang saya masuki iaitu khemah ibadah , kem serentak dan lain-lain .

Keputusan PMR dan SPM saya boleh dikatakan cukup-cukup makan . walaupun saya tahu keputusan itu amat mengecewakan mama saya tetapi saya berazam ingin menperbaiki kelemahan saya .

Alhamdullilah setelah menunggu selama 12 bulan , saya telah diterima masuk ke kolej komuniti sabak bernam pada 13 / 7 / 2010 . Saya pun bertolak ditemani oleh ahli keluarga . Selepas selesai proses pendaftaran , tibanya masa saat perpisahan ahli keluarga . itulah serba sedikit kisah hidup saya.

TAMAT